Friday, 11 May 2012

Explorasi Bahasa Arab

    Assalamualaikum ! Haa , alhamdulillah. Aku baru kebah dari demam ni. Dua hari tak datang sekolah. Banyak gila terlepas pasal next week mid year exam. Nasib baiklah Humaira , Einani dengan Syaffira datang je terus tolong aku. Thank You :)



   Hari Rabu bersamaan dengan 9 Mei 2012 , ada Explorasi Bahasa Arab. Diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Memang best. Aku pergi dengan 13 pelajar tingkatan 1 ,2 dan 3. Siapa mereka aku taknak beritahu. Tak berminat lagi-lagi yang si perasan form 2.

  Memang best cuma sayangnya sekolah kami kalah. Nombor last kot. Pasalnya kitaorang silap direction then kena pusing taman tasik titiwangsa tu dua kali. Penat weyh. Sampai demam aku. Sekolah yang johan kesemuanya SMA-MAIWP. Tahniah !

  Soalan-soalan dia pulak dalam bahasa arab. Memang tersentaplah. Semua hemtam kromo je. Kitaorang buat hanya yang termampu je. Yelah sekolah kami bukan macam SMA-MAIWP atau KLIS.

  K aku nak cerita ni , turun-turun je dari bas , tetiba Einani tegur kata ada sorang manusia ni muka dia macam Arif. K dada aku berdegup laju waktu tu tahu tak ?! Aduhai. Pastu Einani kata ada ramai lagi yang muka macam Arif. K aku diam. Pastu terjumpa pulak sorang hamba Allah ni muka dia sebijik macam Zulfadhli. Lahai ramainya kembar dia ni.

   Cikgu sekolah kami yang iringi kami ialah Ustazah Haslin dengan Cikgu Wan Hanisah cuma cikgu Wan Hanisah dia datang lewat sedikit. Ustazah Haslin jadi juri checkpoint 8 kalau tak silap. Hahahahhahah , ustazah pakai cermin mata hitam. Lawa siott ! Ustazah ada cerita bebudak sekolah mana tah kata ustazah cantik pakai cermin mata hitam tu. K muka ustazah merah.

   Masa dekat checkpoint 4 , aku ada terpikat dengan seorang abang ni. Mata dia bulat. Comel. Tapi sayang Syamila suka dia pasal aku terdengar dia kata dekat Einani  "Nani , nilah budak laki yang aku cakap tu.....". Haa , dalam hati aku diam je. Takpelah abang tu pun aku boleh cari dekat sekolah aku.

   Pastu dekat checkpoint 5 ni , aduh ! Ada seorang mamat ni lagi hensom siotttt dari abang mata bulat tu. Hensoommm gila nak mampos. Tak caya ? Pergi tanya Einani. Einani pun suka dekat abang tu. Haa kita geng. Tapi yang potong linenya , Syamila tak habis-habis cakap "Haih , asal abang tu asyik-asyik pandang aku ?". Haa dalam hati aku mula dah nak sumpah seranah semua. Pastu Kak Shafikah menyampuk kata "Dia pandang orang belakang kau lah !". Hahah memang tersentaplah Syamila. Pastu dia diam je. Haha padan muka kau. Act , aku sekarang ni tengah rindu dekat Nur aku ni.

   Lupa pulak , masa explorasi ni kitaorang terserempak dengan Anissha. Ya Allah , rindu sangat kat dia. Setahun lebih nak masuk dua tahun tak jumpa dia. Memang waktu tu SubhanaAllah. Memang excited gila sampai aku dengan Einani muka happy gila. Terima kasih Allah Kau temukan kami semula. Tapi yang kacau daunnya pulak , ada pula seorang hamba Allah yang cari pasal dengan kami berdua. Waktu kami ditemukan tu , kami terus berlari kearag Anissha then terus peluk , hamba Allah ni pandang lain macam je. Haih saja cari pasal.

  Itu jelah kot yang aku nak cerita. Sekian

Tgh hari tadi aku datang sekolah pakai tudung Indon. Lol aku masuk kelas je semua fikir aku neng. Sabar jelah. And aku mintak maaf aku tak dapat nak layan semua orang. Aku layan Einani , Syaffira dengan Humaira je. Sorry.

No comments: