Tuesday 25 September 2012

Kem Pengawas SMK Sri Pantai Tahun 2012

      Assalamualaikum. Holalalalalala. Ni haa budak yang demam kus-kus yang baru balik dari kem. Kem Warisan Ulu Bernam , Selangor. Hm muka macam hape tah. Serupa baby-cute. Eh ?

   Today i wanna tell you story about this kem. Macam kem yang aku pernah join. Isinya sama tetapi cabarannya tak kurang hebatnya. Okay lets start now.

Day 1

Balik dari sekolah terus naik teksi terus pergi rumah terus recheck balik beg. Eh betul ke ejaan tu ? Ah lantaklah. Nasib Abah nak hantarkan pergi sekolah. So pukul 2 petang vroom vroom ke sekolah bersama-sama dengan Fatehah.

Sampai sudah sekolah ada taklimat sikit , then tunggu bas. Bas datang lambat 20 minit macam tu. Tengah nak tunggu giliran naik bas (menengah rendah dulu naik) ternampak pula crush kita baru datang sekolah berserta dengan geng2 dia. Rasanya baru balik dari Masjid.

 Naik bas pukul 3. Duduk bersebelahan dengan Humaira. Sebelah Humaira dipisahkan dengan laluan jalan then sebelahnya Nawwar dengan Alia. Hee geng 2Bumi. Sampai2 je kat sana pukul 4 30 macam tu.

Selepas bas sekolah meninggalkan kami , menunggu pula van untuk mengambil beg2 kami. Terasa seperti tetamu jemputan pulak hak tuih aku. Lepas tu kena tunggu lagi untuk naik lori dan van yang sama untuk mengambil kami ke tempat kem tersebut.Best pengalaman menaiki lori. Terhencut-hencut kami semua redah lopak air lah redah itu redah ini. Paling sensara yang berdiri lah. Aku duduk. Dalam perjalanan nampak kambing. Haa excited aku. Nampak sungai. Hm terasa sudah.

 Sampai aje first thing nampak iaitu chalet. Chalet dia comel sangat. Rumah Tiga Segi. Muat untuk 6 hingga 7 orang macam tu. Ingat tidur kat tapi baru teringat cikgu cakap tidur dalam khemah. Okay. Lepas tu tunggu rombongan lain datang. Semasa menunggu tu , kami first trip ni pi solat asar. Surau dia 'awesome'. Kena menapak tangga yang besar waktu nak pergi surau tu. Atas surau tu ada chalet lagi. Atas chalet tu baru dewan. Penat sia menapak. Kurus aku. Sampai kat surau tu lepaskan lelah dulu baru siap2 nak solat asar.

Selesai solat ramai dah para pengawas mula membanjiri dewan makan. So kami yang first trip ni lengang dulu. Then selesai semua pergi ke tapak khemah. Satu khemah 6 orang. Kami geng 2 bumi 5 orang plus dengan Kak Asrena kami. Ada sesi tunjuk ajar bagaimana nak pasang khemah tu. Fasililator ambik khemah kami. Hehehe. Lepas tu siap2 nak pergi solat Mahgrib.

Lepas solat pergi makan. Makan pula ada peraturan. Kena ikut apa KP cakap.

Jemput makan tuan , Jemput makan cikgu , Jemput makan semua. Jom makan
 Semua lauk berasaskan ayam. Hari2 ayam. Hm okay.

Lepas solat ada taklimat then bergegas ke dewan. Haa penat , kurus kurus. Waktu tu bahagikan kumpulan. Then waktu hujan pula tu. So kami ada wakil dari setiap kump. khemah ke hadapan untuk menyelamatkan baju2 kami sekumpulan. So aku yang kehadapan memandangkan Kak Asrena ketua sudahpun penat.

Lepas je urusan mengemas baju tu semua , aku ke khemah sebelah pasa Kak Nabilah bekas ketua pengawas PPS tu minta tolong. Kami yang paling lewat sampai ke dewan kembali. Sampai2 je semua dah membentuk kumpulan. Kak Nabilah aku tak tahu dia kumpulan mana. Aku masuk kumpulan nombor 1. Kak Mariam ketua , Abang Hidayat seceteary (aku tak tahu eja) , Kak Nazirah bendahari , Amirul penolong , Asyikin , Ainnur and me.

Then malam tu ada game. Kena ambik setiap tandatang fasi pada checkpoint yang ada. Cabarannya , setiap kump diberikan lilin dan 3 mancis. 7 checkpoint. Then kump. 2 menang. Tahniah. Lepas habis cabaran tu tidur.

Day 2

Pukul 3 pagi. Semua kena bangun pasal hujan lebat. Khemah hampir banjir. So kami kaum hawa digesakan untuk pergi ke dewan untuk tidur di sana. Khemah kami terlupa nak bawak barang tidur , mati kesejukan kami. Hm. Kaum adam tak tahu tidur mana.

Then tidur , kroh kroh bangun 5 pagi. Siap2 pergi solat subuh terus. Eh tak mandi ke ? Gila kau jah nak mandi sejuk macam tidur dalam bilik beku. Then berkumpul kat dewan  , senamerobik , sarapan lepas tu siap2 pergi Jungle Treking.

Jungle Treking : Kump. I yang depan sekali. I duk belakang dengan Ainnur. Bosan siaa duk depan2 , bukan ada kawan. Belakang aku pula ada abang crush kita yang comel gitu. Ahahhaha k.

Well biasalah Jungle Treking , jejalan menikmati pandangan alam sekitar yang begitu agung ciptaan Allah yang maha esa. SubhanaAllah. Tahu tak , waktu nak daki bukit tu , kita boleh tengok langit yang membiru dengan cerah. Then bila dah sampai puncak , terasa diriku menjejakkan kaki di Gunung Everest. Junior Muqarabbin ni.

Tutup pasal Jungle Treking , takdelah mencabar mana. Banyak main lumpur then banyak pacat. #TeamTakKenaGigitPacatYeay Abang Izzat , iait abang kepada abang Ikmal tu , takut pacat rupanya. Muka macam ________ k

Lepas je Jungle Treking tu pi singgah main sungai. Hm kita tak dapat main air sungai pasal kaki kita melecet waktu Jungle Treking tu. So minta izin fasi pi siap2 awal lebih daripada dorang semua. Alhamdulillah walaupun niatku ingin memandikan air sungai terpaksa ku lupakan. Uhuk uhuk U_U

Then malam ada Malam Kebudayaan. Semua kena berlakon. Kump I dapat tajuk kena berlakon macam dalam cerita MasterChef tu. Aku , Asyikin dengan Syamila jadi juri. Ainnur , Amirul , Kak Mariam jadi Chef. Abang Hidayat jadi pengacara. Kak Nazirah ? Jadi nurse kat belakang dewan. Ada budak demam.

Well memang bestlah jugak. Hm bolehlah. Then keputusannya ialah

Tempat ketiga : Tennenet  Tempat Kedua : Kumpulan Para Masterchef :D  Tempat Pertama : Aku Tak Sabar Nak Kawin.

So itu keputusannya.

Lepas je Malam Kebudayaan. Kali ni nightwalk. But Solo Nightwalk. Haa solo bhai. Hm dalam hutan pulak tu. Aku dah lah penakut tahap takut semut. Hm bab nightwalk ni aku malas nak cerita. Aku mengulangi kembali sejarah kem pengawas tahun lepas. Haa kalau nak tahu pi lah tanya pengawas yang lain. Okay.

"Siapa yang baring atas rumput tu ?" *angkat tangan* "Kenapa baring ?" "Ada baby-cute" "HahahhahahahahhahahhahaXD"

Baby-cute ialah Babi Hutan k.

Then tidur dalam khemah , sebelum tidur tu ada katak pula yang sesat masuk ke dalam khemah kami. Humaira lah penyelamat kami. Humaira FTW. Mintak tolong Abang Zul tak guna. Kalau dengan kucing pun dah takut apatah lagi dengan katak.

Day 3

Hm dah sampai ke penghabis kem. Sedih jugaklah nak meninggalkan tempat tu. Terasa baru je jejak kaki kat situ tetiba nak balik dah. Anyway ada lagi satu aktiviti iaitu Survival dalam Hutan. Kena masak telur dalam tanah then buat roti gulung. Gila betul roti yang dah bercampur dengan tenenenet pastu dengan telur yang tak masaknya , kami semua kena makan. Aku mengelakkan diri daripada makan dengan pergi main air sungai. Gila nak makan. Mual bhai. Abang Hidayat kemain kata telur kuning tu memang layan habis. Haih.

Then sampai di situ jelah kisah kem kami semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerpen ini. Maaf tiada gambar. Minta kat Ustaz Saiful Bahri tu.

Semoga dengan kem pengawas ini dapat memantapkan lagi disiplin kami para pengawas dalam mendisiplinkan para pelajar. Amin. :)

No comments: